Posts

Showing posts from December, 2022

Mengapa Sukar Belajar Bahasa Kedua?

Image
  Bahasa kedua ini ialah apabila seseorang telah fasih dan cekap menggunakan sesuatu bahasa, kemudian belajar bahasa yang lain. Sebagai contohnya, jika Ahmad adalah seorang penutur jati bahasa Melayu dan fasih berbahasa Melayu maka, Bahasa Melayu itu ialah bahasa pertama bagi Ahmad. Manakala, jika dia belajar berbahasa Inggeris, bahasa Inggeris tersebut dikatakan ialah bahasa kedua. Hal ini kerana, Ahmad tidak   fasih menggunakan Bahasa Inggeris dan dia memerlukan proses pembelajaran untuk memahami bahasa tersebut. Bahasa kedua ini perlu mengalami proses pembelajaran jika hendak dibandingkan dengan bahasa pertama yang tidak memerlukan proses pembelajaran. Sesetengah orang berpendapat bahawa mempelajari bahasa kedua adalah sukar. Terdapat beberapa masalah yang boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk memperoleh bahasa kedua mereka seperti masalah persekitaran, masalah usia, kekangan dari segi pengaruh bahasa pertama dan sebagainya. Oleh itu, didalam topik kali ini akan memperincika

Jenis Afasia Dan Cara Merawatnya.

Image
  Afasia dikenali sebagai kecelaruan bahasa. Kecelaruan bahasa atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai ‘’language disorder’’ ini adalah kecelaruan komunikasi yang menjejaskan cara untuk kanak-kanak memahami dan menggunakan bahasa. Kecelaruan ini dikatakan adalah mempunyai perbezaan daripada kecelaruan percakapan. Proses pembelajaran bahasa sememangnya akan mengambil masa untuk dipelajari. Walaubagaimanapun, didalam sub topik ini, saya akan mengkaji tentang jenis afasia dan juga cara untuk memulihkan afasia.   Oleh hal yang demikian, terdapat tujuh jenis afasia iaitu afasia Broca, afasia Wernicke, afasia Pekak Perkataan Tulen, afasia Konduksi, afasia Anomi, afasia Apraksia dan yang akhir sekali ialah afasia Global. Untuk blog kali ini, saya akan mengkaji tentang empat jenis afasia sahaja dan cara untuk memulihkan masalah afasia ini. Jenis afasia yang pertama ialah afasia Wernicke. Afasia jenis ini dikatakan dapat dikenal pasti melalui pertuturan dengan bunyi sebutan dan ayat yang

Tata Tingkat Pemerolehan Bahasa Pertama.

Image
  Pemerolehan bahasa ini mengkaji bagaimana proses pemerolehan bahasa terhadap seseorang individu terutamanya semasa mereka bayi. Semasa diusia bayi, pendedahan terhadap bahasa perlu diberikan sebelum bayi menggunakan bahasa. Persepsi terhadap bunyi bermula dari mereka lahir. Menurut Altmann (1977) , semasa mereka didalam rahim ibu mereka, mereka dapat mendengar bunyi dari luar rahim ibunya. Namun, frekuensi bunyi yang tinggi tidak dapat sampai ke bayi. Ataupun boleh dikatakan bahawa bunyi itu tidak kedengaran terlalu jelas kerana dihalang oleh cecair ketuban yang berada didalam rahim ibunya. Umumnya, kejelasan pendengaran orang yang normal adalah 20000 Hz frekuensinya. Manakala berbeza dengan frekuensi bayi iaitu hanya 1000 Hz.     Selain itu, didalam tajuk pemerolehan bahasa ini juga terdapat sub topik yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa ini iaitu peringkat pemerolehan bahasa. Oleh itu, kita akan mengkaji tentang peringkat pemerolehan bahasa iaitu dari usia berapa sehigga