Tata Tingkat Pemerolehan Bahasa Pertama.
Pemerolehan bahasa ini mengkaji
bagaimana proses pemerolehan bahasa terhadap seseorang individu terutamanya
semasa mereka bayi. Semasa diusia bayi, pendedahan terhadap bahasa perlu
diberikan sebelum bayi menggunakan bahasa. Persepsi terhadap bunyi bermula dari
mereka lahir. Menurut Altmann (1977) , semasa mereka didalam rahim ibu mereka,
mereka dapat mendengar bunyi dari luar rahim ibunya. Namun, frekuensi bunyi
yang tinggi tidak dapat sampai ke bayi. Ataupun boleh dikatakan bahawa bunyi
itu tidak kedengaran terlalu jelas kerana dihalang oleh cecair ketuban yang
berada didalam rahim ibunya. Umumnya, kejelasan pendengaran orang yang normal
adalah 20000 Hz frekuensinya. Manakala berbeza dengan frekuensi bayi iaitu
hanya 1000 Hz.
Selain itu, didalam tajuk pemerolehan
bahasa ini juga terdapat sub topik yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa ini
iaitu peringkat pemerolehan bahasa. Oleh itu, kita akan mengkaji tentang
peringkat pemerolehan bahasa iaitu dari usia berapa sehigga ke usia berapa
manusia terlibat dalam pemerolehan bahasa ini. Untuk pengetahuan umum,
peringkat pemerolehan bahasa ini terbahagi kepada dua tempoh iaitu
pralinguistik dan linguistik.
Melalui tempoh pralinguistik, ianya
melibatkan tempoh berdekut dan mengagah. Pada bulan pertama selepas kelahiran,
tempoh berdekut akan terhasil. Apabila bayi menangis, tangisan itu disertai dengan
penghasilan bunyi. Kemudian, muncul pula tempoh mengagah. Pada tempoh ini,
semua bayi menghasilkan bunyi yang sama, yakni bunyi rambang yang tiada kaitan
dengan persekitaran bayi. Manakala pada tempoh mengagah ini, terdapat lima
tahap iaitu “canonical babbling” iaitu bermula dari umur enam bulan. Apabila
kanak-kanak berumur enam hingga sembilan bulan, mereka mula membezakan bunyi
dan memilih bunyi yang mereka dengar dari persekitaran mereka. Contohnya, bunyi
atau perbualan dari ibu bapa mahupun ahli masyarakat sekitarnya. Bayi kelihatan
tidak menggunakan bunyi itu untuk mereka merujuk kepada peristiwa atau objek
dalam persekitaran mereka. Tempoh ini merujuk kepada bayi yang menggunakan suku
kata yang sama berulang kali seperti “babababa” atau “mamamama”. Seterusnya, tangisan
“cooing”, tahap bermain dengan vokal, tahap “conversational babbling” yang
bermula pada usia lebih kurang 10 bulan.
Seterusnya, apabila mencapai usia 12 bulan
hingga 18 bulan, mereka mula menggunakan bunyi atau satu kata untuk merujuk
kepada sesuatu benda yang mereka inginkan. Sebagai contohnya, apabila mereka
mendengar akan bunyi sesebuah rancangan televisyen yang mereka gemar, mereka
akan merujuk kepada televisyen atau mengujarkan satu kata “Didi” untuk mewakili
satu ayat yang mungkin bermakna seperti “Mama, saya nak tengok rancangan Didi
and Friends” . Selain itu, semasa mereka berumur antara 18 bulan hingga 24
bulan, kanak-kanak ini sudah mula dapat menghasilkan kata-kata yang pendek dan
mudah untuk membentuk ayat pendek. Malahan, proses ini akan berlaku kepada
semua bayi didunia. Apabila kanak-kanak berumur enam hingga sembilan bulan,
mereka mula membezakan bunyi dan memilih bunyi yang mereka dengar dari
persekitaran mereka. Contohnya, bunyi atau perbualan dari ibu bapa mahupun ahli
masyarakat sekitarnya.
Beralih pula kepada tempoh kedua dalam
peringkat pemerolehan bahasa ini iaitu linguistik. Tempoh linguistik ini melibatkan
lima tempoh iaitu holofrasa, ujaran dua kata, telegrafi, morfologi, dan
sintaksis. Umum mengetahui bahawa, tempoh holofrasa ini juga dipanggil sebagai
ujaran satu kata. Ujaran satu kata ini berrmaksud, kanak-kanak dapat
menghasilkan satu kata seperti “mama”. Pengujaran itu dianggap tepat walaupun
mungkin pengujar tersebut tidak tahu akan makna perkataan tersebut. Seseorang
pengujar itu dianggap berjaya mengujarkan perkataan apabila dia dapat
menghasilkan satu pertuturan perkataan dan perkataan tersebut dapat dikenal
pasti. Perkataan itu ada kaitan dengan kehadiran atau kewujudan dalam
persekitarannya. Cara utama kanak-kanak menggunakan perkataanya adalah dengan
menamakan benda. Sebagai contohnya, “mama” , “bola” , “kakak” dan sebagainya. Selain
itu, kanak-kanak juga berpotensi untuk memperluas atau tidak sesebuah kata itu.
Sebagai contohnya, perluasan kata “kakak” boleh merujuk kepada orang lain
selain kakaknya. Malahan, kanak-kanak juga bukan sahaja menggunakan perkataan
tunggal, tetapi ia juga menggunakan satu kata untuk merujuk kepada fikiran
kompleks yang melibatkan perkara-perkara tersebut. Tempoh holofrasa ini
melibatkan kanak-kanak berumur satu tahun.
Bagi tempoh yang kedua pula iaitu
ujaran dua perkataan, kanak-kanak mula menghasilkan gabungan susunan dua kata. Walaupun
morfologi dan sintaksisnya masih kurang, namun susunannya sudah boleh dikesan. Seterusnya
bagi tempoh telegrafi, iaitu ujaran dua tiga kata. Kita haruslah sedar bahawa peningkatan
pengujaran dari satu kata kepada dua kata atau kepada dua tiga kata ini tidak
akan berlaku dengan cepat. Oleh itu, didalam tempoh dua hingga tiga tahun,
barulah kanak-kanak dapat menggunakan dua tiga perkataan. Apabila kanak-kanak
ingin meminta, menyoal, menjawab soalan, memberi amaran mereka akan menggunakan
kaedah ujaran ini. Manakala ciri yang lain pula kurangnya penggunann kata-kata
tugas. Dan ciri yang ketiga ialah persamaan urutan kata kanak-kanak dengan
urutan kata orang dewasa. Contohnya, kanak-kanak yang berbahasa Inggeris akan
mengujarkan “My shoes” dan bukannya “shoes my”.
Seterusnya tahap morfologi. Morfem
wujud apabila kanak-kanak mula menggunakan ujuran yang lebih panjang. Oleh itu,
penggunaan kata tugas, kata kerja akan wujud. Morfologi ini akan menyaksikan
lebih banyak kemunculan alunan morfem. Keadaan ini dikenali sebagai proses
generalisasi. Seterusnya, kanak-kanak juga akan menggunakan semua bentuk perkataan
yang mereka ketahui. Misalnya, kanak-kanak menggunakan kata”pergi” iaitu kata
kerja dengan kata “gi”. Pada fasa ini kanak-kanak sedang belajar peraturan
bahasa dengan menggunakan kata yang umum.
Akhir sekali, ayat yang rumit akan
diperoleh pada tempoh yang terakhir iaitu pada tempoh linguistik. Umum
mengetahui bahawa, peringkat pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah sangat
rumit. Semasa bayi, mereka menghasilkan bunyi-bunyi rambang. Bayi sendawa,
menangis dan sebagainya. Ketika berumur enam minggu, bayi mula berdekut.
Kemudian, sekitar umur 16 bulan bayi mula ketawa. Diikuti dengan minggu ke enam
hingga enam bulan, bayi menghasilkan bunyi vokal sebelum mereka menghasilkan
bunyi konsonan. Selepas itu, bagi tempoh enam hingga 10 bulan pula bayi mula
menjalani proses mengagah.
RUJUKAN
Norul Haida bt Hj. Reduzan. Ilmu Psikolinguistik (2013) Perak: Emeritus Publications.
Noor Aina Dani (2017). Asas Psikolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nahu Linguistik. (14 April 2009) Pemerolehan Bahasa Pertama. https://nahulinguistik.wordpress.com/2009/04/14/pemerolehan-bahasa-pertama/
Comments
Post a Comment