Jenis Afasia Dan Cara Merawatnya.

 


Afasia dikenali sebagai kecelaruan bahasa. Kecelaruan bahasa atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai ‘’language disorder’’ ini adalah kecelaruan komunikasi yang menjejaskan cara untuk kanak-kanak memahami dan menggunakan bahasa. Kecelaruan ini dikatakan adalah mempunyai perbezaan daripada kecelaruan percakapan. Proses pembelajaran bahasa sememangnya akan mengambil masa untuk dipelajari. Walaubagaimanapun, didalam sub topik ini, saya akan mengkaji tentang jenis afasia dan juga cara untuk memulihkan afasia.

 

Oleh hal yang demikian, terdapat tujuh jenis afasia iaitu afasia Broca, afasia Wernicke, afasia Pekak Perkataan Tulen, afasia Konduksi, afasia Anomi, afasia Apraksia dan yang akhir sekali ialah afasia Global. Untuk blog kali ini, saya akan mengkaji tentang empat jenis afasia sahaja dan cara untuk memulihkan masalah afasia ini. Jenis afasia yang pertama ialah afasia Wernicke. Afasia jenis ini dikatakan dapat dikenal pasti melalui pertuturan dengan bunyi sebutan dan ayat yang betul. Namun, makna sebenarnya ialah bercelaru atau tidak betul. Petuturan yang ditutur oleh pesakit afasia Wernicke ini kedengarannya normal. Tetapi, maksud frasa atau ayat yang disampaikan sukar untuk difahami. Penderita afasia Wernicke ini menggantikan sesuatu kata mengikut mirip bunyi atau asosiasi sesuatu perkara yang ingin disampaikan. Sebagai contohnya, perkataan ‘’chair’’ digantikan dengan kata ‘’shair’’ yang merupakan persamaan bunyi. Manakala, wheelbase juga digunakan kerana sama kategori dengan ‘’chair’’. Selain itu juga, mereka menyataksn ‘’teleskop’’ walhal, perkataan yang cuba disampaikan itu adalah ‘’kaca mata’’. Afasia Wernike ini menampilkan individu yang mempunyai masalah pemahaman pertuturan, namun pendengaran terhadap bunyi bukan bahasa dan muzik tidak terjejas.




Selain itu, jenis afasia yang seterusnya ialah afasia Global. Individu yang menghidap afasia Global ini hanya boleh menghasilkan dan memahami segelintir perkataan sahaja. Individu tersebut juga tidak boleh membaca mahupun menulis. Afasia Global ini memperlihatkan kebanyakkan aspek bahasa yang terjejas akibat daripada kecederaan di hemisfera kiri atau pada sambungan daerah bahasa seseorang individu tersebut. Pemahaman pertuturan sangat sedikit dan penderita ini menggunakan susunan bunyi yang stereotaip berulang kali. Seseorang wanita yang diserang strok tidak dapat bercakap dengan banyak seperti orang normal kecuali ayat dengan empat suku kata seperti ‘’ga dak la doh’’. Dalam menentukan jenis afasia, beberapa pemboleh ubah perlu dipertimbangkan seperti kawasan yang cedera, jenis kecederaan, jenis perubatan dan juga rawatan. Perubahan fizikal yang mendatangkan bahaya ekoran kecederaan suka untuk dikenalpasti ketika zaman kanak-kanak. Malahan, ianya mudah untuk dikesan pada orang dewasa.

 

Seterusnya ialah afasia Konduksi. Penderita afasia Konduksi ini mempunyai tahap pemahaman pertuturan yang agak baik tetapi mereka lemah dalam kebolehan mengulangi perkataan. Mereka akan menggantikan bunyi yang hampir sama dengan sesuatu perkara tersebut. Sebagai contohnya, perkataan ‘’bubble’’ digantikan dengan ‘’bupple’’ yang tidak mempunyai maksud dalam bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, mereka ini mampu untuk mengulangi rangkaian empat atau lima digit seperti 2-4-6-8, tetapi sukar untuk mengulangi ayat yang mudah dengan rentak tiga suku kata. Contohnya, Betty is here.

Jenis afasia yang keempat pula ialah afasia Broca. Afasia Broca ini dikaji oleh Paul Broca yang berbangsa Perancis. Kajian yang dibuat merupakan titik permulaan dalam kajian afasia, iaitu satu istilah yang menjelaskan tentang kecelaruan bahasa akibat kerosakan tisu otak. Kemalangan kereta, peprangan, dan strok merupakan punca utama masalah ini berlaku. Menurut Broca, penderita afasia Broca ini boleh bertutur tetapi ringkas. Afasia jenis ini juga berlaku dalam penulisan. Sebagai contohnya, infleksi tatabahasa seperti -s digugurkan dalam ayat. Seperti, Wandy want(s) toy. Pertuturan orang dewasa yang menderita afasia Broca ini dikatakan mirip dengan pertuturan kanak-kanak di peringkat telegraf. Selain itu juga, terdapat kecenderungan menghubungkaitkan daerah Broca dengan pemahaman bahasa. Sebagai contohnya, ‘’The candy that the girl is eating is read’’. Orang yang normal dapat mengagak ayat yang pertama sekiranya tahu perkataan candy, girl, eat disamping tahu akan hukum D-M (makna girl eats candy dan bukan candy eats girl).  Bukti ini dapat menunjukkan bahawa penderita afasia Broca ketandusan pengetahuan sintaksis. Oleh itu, penutur bermasalah untuk memahami dan menghasilkan pertuturan.

 

Apabila seseorang mengalami masalah kesukaran untuk bercakap, masalah dalam memahami percakapan, kesukaran dalam mengingati perkataan dan masalah dengan membaca atau menulis, hendaklah menghubungi doktor untuk tindakan susulan bagi merawat masalah tersebut. Beberapa siri ujian neurologi boleh ditanyakan kepada pesakit. Doktor juga boleh meminta pesakit untuk menamakan beberapa item atau benda yang berbeza. Keputusan ujian tersebut akan menentukan jenis afasia yang dihidapi. Sekiranya kerosakan otak adalah ringan, kemahiran berbahasa seseorang boleh pulih tanpa memerlukan rawatan. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang menjalani terapi ucapan dan bahasa bagi memulihkan kemahiran berbahasa mereka dan menambahkan pengalaman komunikasi mereka. Terapi ini paling berkesan apabila ia bermula tidak lama selepas kecederaan otak berlaku. Selain itu, ubat-ubatan juga boleh diberikan sebagai satu rawatan. Beberapa jenis ubat yang boleh meningkatkan aliran darah ke otak, meningkatkan keupayaan pemulihan otak atau membantu menggantikan bahan kimia yang susut di otak atau dikenali sebagai neurotransmitter. Beberapa ubat seperti Namenda telah menunjukkan harapan dalam kajian-kajian kecil.




 Selain itu juga, perubahan gaya hidup dan rawatan juga boleh diambil bagi menangani afasia. Sebagai contohnya, lukis perkataan atau gambar di atas kertas semasa cuba berkomunikasi. Selain itu, bercakap dengan perlahan dan tenang. Dan selain itu juga, gunakan alatan untuk membantu memahamkan mesej.




RUJUKAN

       Norul Haida bt Hj. Reduzan. Ilmu Psikolinguistik (2013) Perak: Emeritus Publications.

      Noor Aina Dani (2017). Asas Psikolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

     Hello Doktor. (28 November 2019) Afasia (Aphasia) https://hellodoktor.com/keadaan-telinga-hidung-tekak/tekak/afasia-aphasia/?amp=1



Comments