Mengapa Sukar Belajar Bahasa Kedua?
Bahasa kedua ini ialah apabila seseorang telah fasih dan cekap menggunakan sesuatu bahasa, kemudian belajar bahasa yang lain. Sebagai contohnya, jika Ahmad adalah seorang penutur jati bahasa Melayu dan fasih berbahasa Melayu maka, Bahasa Melayu itu ialah bahasa pertama bagi Ahmad. Manakala, jika dia belajar berbahasa Inggeris, bahasa Inggeris tersebut dikatakan ialah bahasa kedua. Hal ini kerana, Ahmad tidak fasih menggunakan Bahasa Inggeris dan dia memerlukan proses pembelajaran untuk memahami bahasa tersebut. Bahasa kedua ini perlu mengalami proses pembelajaran jika hendak dibandingkan dengan bahasa pertama yang tidak memerlukan proses pembelajaran. Sesetengah orang berpendapat bahawa mempelajari bahasa kedua adalah sukar. Terdapat beberapa masalah yang boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk memperoleh bahasa kedua mereka seperti masalah persekitaran, masalah usia, kekangan dari segi pengaruh bahasa pertama dan sebagainya. Oleh itu, didalam topik kali ini akan memperincika